Penang Hill
Selalu je pergi Pulau Pinang. Aktiviti rutin tak lupa. Memancing. Selalunya tak dapat ikan. Cuti Tahun Baru Cina ni ada ong pulak. Dapat seekor, gelama. Oke la tuh. Pakcik sorang tu je yg suka benor memancing, kami tunggu tepi pantai sambil makan rojak Padeeeeeen~.
| Saya suka rojak / pasembor ! |
| Port Pancing |
Kali ni jugak lah berjaya ke Bukit Bendera. Akhirnya... Dengan penuh kesabaran menempuh segala kesesakan lalulintas. Memang dah pernah pergi sebelum ni, tapi zaman kecik-kecik dulu. Dah tak berapa nak ingat apa yang ada kat atas sana. Tahun lepas ada singgah tapi masa tu Bukit Bendera masih dalam proses penambaikan dan ubah suai. Belum dirasmikan oleh Menteri Pelancongan lagi.
| Tren dulu-dulu |
Tiket nak naik ke Bukit Bendera - RM 8. Kalau tunjuk kad pesara dapat lah separuh harga. Kena pandai pilih hari. Kalau ramai sangat pun tak syok. Beratur panjang. Tak dapat nak menikmati pemandangan dengan sepenuhnya. Bukannya besar sangat kawasan kat atas tu. Agak dingin juga, al-maklum 720m atas paras laut. Lebih kurang lah.
Ada persembahan ular dan taman periuk kera. Promosi pada kain rentang tulis – Monkey cup – aka pitcher plant aka periuk kera. Tiket masuk taman tu – RM 5. Baru sahaja dibuka. Persembahan ular percuma je, kalau ambil gambar dengan ular baru dikenakan bayaran. Untung pergi sekarang. Baru diubah suai, jadi nya masih cantik dan terjaga. Bunga masih segar bugar.
| Pulau Mutiara |
| Monkey Cup |
| Macam-macam bentuk ada |
Ada restoran dgn nama omputih (tak pasti status halal nya, sekarang ni kena sangat berhati-hati bab makan luar – semak betul-betul status dan logo halal) , hotel dan rumah persendirian. Ada buggie ride, tak pasti nama sebenar tapi rupa macam kereta golf. Sewa dalam RM 30 sebuah. Bergantung pada saiz juga kut. Ada yg dua, ada yg lebih.
Pusing-pusing kejap je. Beli kacang rebus, lepas tu balik.
| Ramai orang - Nasib baik tren ada aircond |
Jumpa arca ni on the way balik . Menarik.


